tips

tips utk bercinta





1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'

2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin si dia mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'

4. Jika engkau menyintainya,binalah rasa perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau di ijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mengapai cintaNya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.



petua utk menghilangkan jerawat




Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni?

Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.



Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.




Pokok Bunga Tanjung
Pokok Bunga Tanjung


Cara mengamalkannya;

1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.

2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.

3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.

4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.

5. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.


Harap petua jerawat ini membantu anda yer. :D


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2011/05/petua-tradisional-menghilangkan-jerawat.html#ixzz1hvDLFsZ3


petanda org menyukai kita


1)   Dia terlalu kuat mencintai kita
2)  Selalu ingin berhubung dengan kita
3)  Dia mengambil berat perihal kita
4)  Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat
5)  Dia cemburu bila kita bersama insan lain
6)  Jiwanya meronta-ronta bila tidak dapat bertemu kita
7)  Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita
8 )  Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin.
9)  Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang
10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya
11)  Susah untuknya berenggang dengan kita kerana cepat rindu. Jika terpaksa berjauhan, kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara
12) Tidak kisah perbezaan umur.
13) Sukar untuknya memarahi kita kecuali jika kita curang, berbohong dan keterlaluan
14) Dia tidak peduli apa orang kata mengenai dirinya menyintai kita yang penting asalkan jiwanya bahagia dengan kita.


hukum org tidak menutup aurat
Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis mauduk ini kerana merasakan artikel seperti ini sesuai ditulis oleh seorang wanita kerana hal ini berkaitan langsung dengan diri wanita . Adalah sangat elok dan cantik , kalau wanita sesama wanita berpakat dan bekerjasama untuk melaksanakannya. Sesungguhnya kita sebagai manusia sentiasa sahaja dikuasai oleh perasaan lemah untuk melaksanakan sesuatu yang belum menjadi kebiasaan kepada kita tetapi kalau dimulakan akhirnya alah bisa tegal biasa.
Di dalam komen entri yang telah lalu seorang pembaca memberi komen atau ulasan terhadap entri " Jom ulangkaji- Solat Jumaat" dan berharap saya menulis tajuk mengenai aurat wanita dalam entri yang akan datan g. Maka itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulisnya di dalam halaman ini, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya di dalam entri ini terdapat ungkapan yang tersinggung perasaan dan emosi anda. Perkara tersebut tiada di dalam niat saya, tulisan ini semata-mata ingin memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat khususnya masyarakat Islam.

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup
 ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.


tips utk memikat wanita
1) Jadi Diri Sendiri
Cubalah jadi diri sendiri dan jangan ikut style orang lain.Kita kena ingat,tuhan telah jadikan kita cukup sempurna dan unik.Kenapa perlu jadi diri orang lain?Paling penting,laki tu mesti yakin pada diri sendiri,tak lembik, dan boleh diharap.Perempuan mana yang suka kalau bf dia pengecut dan tak boleh harap?
2) Jaga Kebersihan Diri
Tinjaun yang dilakukan terhadap wanita ciri2 lelaki pilihan mereka adalah lelaki itu mesti tau jaga penampilan diri dan sentiasa bersih.Antaranya :
  • Gigi kena gosok selalu dan tiada saki baki makanan dicelah gigi dan pastikan juga gigi tidak kuning!
  • Sentiasa berbau wangi.Semburkan perfume yang wangi2 pada badan korang dan pastikan juga ketiak korang ditepek dengan deadorant!
  • Kuku kena pendek dan tidak hitam.
  • Bagi lelaki yang dihujani dengan misai dan janggut, pastikan sentiasa kemas dan tidak berserabut!
  • Jangan merokok.Statistik menunjukkan perempuan tidak suka akan lelaki yang merokok
3) Jangan DESPRATE Sangat

Kalau iapun korang tergila-gila sangat dekat perempuan tu, pastikan korang sentiasa cool dan tidak memaksa si dia untuk suka dekat korang.Bagi kaum hawa, lelaki yang jenis macam ni dianggap seperti kebudak-budakkan! ( buat malu je weiii!)
4) Kena Senyum Selalu
Amalan senyum itu adalah sedekah.Banyak kebaikan kalau korang senyum.Muka tak hensem tak apa, yang penting bila senyum nampak manis bila dipandang orang :)
5 ) Bahagiakan Dia
Sifat semulajadi wanita ialah ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati oleh kekasih mereka.Kalau muka korang hensem macam Aaron Aziz sekalipun, tetapi langsung tak pernah hiburkan wanita itu, keberangkalian untuk mereka tinggalkan korang amat tinggi sekali.